"Aku
hanya manusia biasa”. itulah satu-satunya perkataan ku dulu. Aku lupa…
aku bukan sekadar manusia biasa. Aku sebenarnya manusia biasa juga
hamba-Nya yang hina. Seorang hamba yang buta, bodoh, emosi dan lemah.
Aku buta kerana aku tidak dapat melihat sesuatu yang terang tentang cinta.
Aku bodoh kerana aku tidak dapat memahami hakikat sebenar tentang cinta.
Aku emosi kerana aku tidak dapat merasai sesuatu yang pasti tentang cinta
Aku lemah kerana aku tidak dapat menyedari sesuatu yang jelas tentang cinta.
Aku
tidak pasti adakah aku pernah merasai “cinta” atau adakah yang pernah
dan masih aku rasai ini adalah CINTA… Yang pasti… aku mencintai ibubapa
ku, keluarga ku dan rakan-rakanku.
Oleh
kerana “cinta-cinta” itu, aku pernah jadi buta, bodoh, emosi dan lemah…
bukan kerana kejam dan tidak berperikemanusiaannya mereka pada cintaku.
Tapi kerana biasa dan hinanya aku sebagai manusia dan hamba-Nya…
Aku lupa 2 ayat yang ternyata amat layak mengetuk relung hatiku…
“CINTA DUNIA” itu
tiada yang kekal. Lalu… cintailah seadanya. Sebagaimana kita merelakan
cinta dunia itu hadir dalam hidup kita, lalu kita juga perlu bersedia
dengan lapang dada seandainya cinta dunia itu ingin pergi.
“CINTA SEJATI” itu suci, tulus, ikhlas. Tidak mengharapkan balasan… dan cinta sejati itu tidak semestinya bersatu. Tidak selalunya bersama.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Komentarlah yang sopan agar anda di hargai..